Tuesday, March 15, 2011

haih!

i am totally upset, frustrated, depressed, angry, and all kind of negative feelings that exist in this world . 
Tq love :(

:( :( :( :( :( :( :( :( :(

:( :( :( :( :( :( 

:( :( :(

:(

my face at this moment .

Friday, March 11, 2011

penyakit lupa

Ini sambungan dari story dagu terkoyak tu actually. hehe, lupa pulak nk tulis kenapa time accident tu telinga aku kuar darah. dari hasil x-ray, didapati tulang jaw aku ada crack sket. tulang jaw tu termisplace sedikit and maybe telah mencucuk bahagian dalam telinga. haha :D tapi doktor cakap tak serious pon, makan ubat boleh baik. sedeh taw time tu, disebabkan jaw aku yg crack tu, aku xboleh bercakap. even makan (bubur) pun pakai straw. memang dasyat gile, macam orang nak mati dah :'(

So, sejak daripada accident tu aku punya penyakit lupa semakin menjadi2. aku mudah lupa apa yang berlaku in short term period. contohnya, dalam kuliah even aku concentrate mcm mana pon aku mesti lupa apa yg lecturer ckp beberapa saat yang lepas. so, selalula aku kena tanya orang sebelah apa lecturer tu ckp td even time tu aku yg lebih fokus dr dia (hahahaha of course la dia lg tak dengar apa lecturer cakap). tapi, tapi tapi.. kadang2 kan aku boleh ingat perkara2 yang belajar 2,3 tahun lepas secara unpredictable. contohnya aku akan ckp, ''eh, bukan ke dulu kite penah belajar mcam tu mcm ni bla bla bla..''. and kawan aku plak akan ckp,''wah, Nadia ingatla..'' hehehe *bangga. ada jugak beberapa kali time exam aku tengah blank gler, time aku dok termenung tu tiba2 ada tulisan jawapan lalu kat otak aku, n aku pon tulis cepat2. lepas dah habis exam tu, tanye2 orang eh, rupanya betol! haha.. tapi ada gak otak ni menipu :(

Contoh benda lain yang aku lupa ialah aku still tak ingat cinema kat Times Square tu tingkat brapa even dah 6,7 kali tengok muvi kat situ. setiap kali mesti aku tanye orang '' eh, cinema kt mana ek?tingkat ni ke tgkat atas?'' (haha :D).

Contoh lain, aku selalu lupa harga nasi putih+daging masak pedas+telur dadar yang aku selalu beli dekat kedai kak som (tepi plaza rah) dan aku akan beli seminggu 6kali. aku selalu xsure nk bawak rm5 @rm6 masa nk turun beli makanan tu. tu selalu aku amek duet rm10 je last2.. tapi baru2 ni aku dah igt dah harga dia rm5 je hehehe...

Rasanya ramai pon tahu yang aku susah nk ingt jalan. jangan ckp jalan raya tu, dlm Times Square pon kadang2 aku blur :)

Tapi tu benda2 yang xlah penting sangat untuk nk diingat kan, so nevermind =)) nasib la aku tak hilang ingatan trus. kalau tak, tak boleh la ingat aku penah tulis surat cinta yg sama 6 kali masa form 2 dulu, sebab swan yg aku lukis tu asyik tak jadi sebabnya konon taknak ada kesan pemadam langsung :')

kadang2 aku lupa yang aku ni 'aku' atau 'Tiz Zakiah' :')


atau Selena Gomez :')

Tuesday, March 8, 2011

MJ's Death

MJ kat atas tu bukan lah Mat Jenin or Minah Jiwang or so watever. tapi of course la stand for Micheal Jackson kan. apehal plak tiba2 nak tulis pasal MJ nih, i'm not a big fan of MJ pon. setakat kenal yang MJ ni famous jek. hehehe

Sebenarnya, kes MJ adalah tugasan case study aku. kena present kes ni khamis ni a.a.k.a lusa la kan.. so, dari tak tau pape pasal MJ ni, dapat la sikit sebanyak info pasal life dia n macam mana dia boleh meninggal. MJ ni rupanya ada penyakit insomnia, kira malam2 susah la dia nak tido. meaning MJ ni tiap2 malam terpaksa rely on ubat untuk dia tido. tak tahu la sejak bila dia insomnia ni, tapi berdasarkan info maybe dah lama kot. sebabnya badan dia pon dah tolerance dengan satu ubat ni (Benzodiazepine) yang memang untuk treatment orang2 insomnia ni. tolerance tu maksudnya dah tak berkesan la ubat ni untuk dia. sama gak kalau orang2 yang suka makan sambal belacan, ada orang yg tak tahan pedas. yang selalu makan tu selamba je makan sambal belacan 2,3 sudu. makan saja pon boleh kot (mcm mak haha). kira nya orang2 mcm tu dah tolerance la ngn sambal belacan sampai satu ketika dia tak rasa pedas dah. berbanding dengan orang yang jarang makan tadi tu memang merah la muka kan. ntah apa2 je contoh :D

So, berbalik pada MJ tadi. dia ada doktor peribadi nama Dr Murray. Dr ni pulak selamba je bagi satu ubat (Propofol) yang selalu orang guna untuk bius sebelum masuk operation room tu. dasyat tak dasyat? dah la ubat ni memang bahaya, sebab tu orang guna dalam medical setting je, sebab kena monitor dia punya heart function semua. pastu Dr ni boleh pulak misuse untuk MJ pastu bg kat rumah pulakss. memanglah MJ ni dah tak bertindak balas ngn ubat yg sepatutnya orang bg untuk insomnia tadi tu, tp apehal pulak bg ubat bius untuk tolong MJ ni tido malam2. memang la berkesan untuk MJ tido, sebab Propofol ni sangat la powerful fungsi sedatif dia. so kira dah banyak malam Dr ni bg ubat sedatif tu dekat MJ. hasil bedah siasat sume, memang dorang jumpa dos Propofol ni sangatla banyak dalam badan MJ.

MJ ni disahkan mengalami 'Acute Propofol Intoxification' yang boleh menyebabkan kematian. sebenarnya, kes ni still lagi dalam perbicaraan. ramai orang salahkan Dr Murray ni, tapi dia dok debate yang dia hanya inject 25mg je ubat tu a.k.a. dos yg sangatla kecik. so alasan dia mybe MJ ni sniri yg minum ubat tu pada malam kejadian tu sebab dia ada tinggalkan MJ ni 10 minit pegi toilet. selebihnya, boleh la google seniri banyak je kisah pasal MJ ni.

Dr Conrad Murray

Kalau dari perspektif Islam, ada jugak yang cakap semua ni adalah konspirasi semata2. yelah, MJ kan dah masuk Islam, so maybe takut lepas ni ramai fans MJ pon akan ikut masuk Islam. Allahu 'alam.

p/s: akhirnya aku dapat something daripada apa yang aku belajar. selalu masuk telinga kiri keluar telinga kanan je. haha *bangga

Chris Medina

Sape Chris Medina? dia ni salah sorang contestant American Idol 2011. sekarang ni tiba2 demam minat giler kat mamat ni. minat pon bukan sebab apa, this guy sangatla berjiwa murni, sincere, tru love dan mcm2 lagi. sayang giler dia dekat fiancee dia yang sangat2 lah lawa.



Lawa tu pon adalah sebelum fiancee dia terlibat dalam satu kemalangan yang teruk. she's got Post-Traumatic Brain Injury kalau tak silap. now her half body is paralysed. bayangkan la, sedih gler kalau tengok betol2 story Chris Medina ni. even fiancee dia macam tu pon dia setia. sekarang Chris Medina dah dapat donation 70K dolar kot untuk bantu pulihkan fiancee dia.




So, sebenarnya nak cakap disini, I just really hope that I have someone that could always take care of me, love me for whatever gonna be happen in future. eheee. lagu ni dengar bape kali pon rase nak nagis je :'(


''what are words if u really dont meant them when u say them. what are words if they are only for good times then they dont.''


Monday, March 7, 2011

dagu terkoyak 1.5 cm

Percaya atau tidak my dagu yang super cute ni pernah terkoyak satu ketika dulu? hahaha kelakar pulak. tak panjang mana pon 1.5 cm je. cuba ambik pembaris ukur tengok. pendek je kan? kan? pendek sikit dari penutup pen tu. haha ok maybe pendek sket. seram kan ehehehe. 

Punca nya adalah accident motor. aku dulu kan minah rempit, so time2 raya akan ada konvoi pegi rumah kengkawan.umah masing2 jauh2 lak tu. nak dijadikan cerita hujan lak time hari tu. tapi sebab ada skill rempit ni aku berjaya je pegi beraya rumah diorang. so, dalam lebih kurang 500 meter nak sampai rumah ada la sekawan lembu yg tak takut hujan tengah bersembang2 tepi jalan kampung tu. masa tu hujan rintik2 lagi. aku yang tengah basah lencun kesejukan ni apa lagi agak speed jugak la kan. tp speed pon xde la mcm mane pon, ala tahap speed dalam kampung n tahap kesopanan aku. hehe. dah la aku takut lembu.

Di pendekkan cerita sampai je kat kawasan tempat ada lembu2 tu, tiba2 ada sekor lembu yang tiba2 lari lintas jalan. so dengan terkejutnya tengok lembu tu nk lintas, maybe lembu tu pon terkejut tengok aku aku pon brek dengan sekuat2 nya. jalan pulak agak licin yela baru lepas hujan. lalu aku pon tergolek kt jalan. xtaw la mcm mane aku tergolek kt sebab cepat sgt benda tu berlaku. yang aku taw aku da rasa pedih2 kt dagu. dalam hati ah habes la dagu aku mesti calar punye. telinga ku pon mcm ade terhentak samting je, sebab rasa sakit. yg penting time aku terbaring kt jalan tu sempat lagi aku check gigi aku dengan lidah, cukup ke tak? hahaha.

Nasib tempat aku jatuh ada rumah orang. so orang2 rumah tu pon lari datang tengok aku, angkat motor aku yang sedap je jatuh atas kaki kiri ni. sume muka macam kesian gler je tengok aku. baju mak aku yg aku curi2 pakai hari tu pon da terkoyak kt pinggang, n kt situ pon mmg aku rasa luka sebab pedih gler. aku dengan pening kepala sebab terhentak dekat jalan plus ramai plak orang yg datang tengok, aku pon mcm buat2 la pejam sebab pening padahal malu. ehehe. 

Nak dijadikan cerita, mak aku pulak lalu kat area situ sebab baru blk dari rumah tok. mak aku mcm perasan la ramai orang kt situ dalam hati mesti orang accident punya. lepas tu ada orang2 ni panggil2 mak aku suruh stop kereta. mak aku pikir mesti ada orang nk pjam keta dia nk bawak pegi hospital ni. so, mak aku dengan muka heroin lah lebih kurang stop kereta n turun. turun2 je kereta mak aku baru perasan, eh baju orang eksiden tu macam dia kenal je. apa lagi, mak aku lari la, datang nangis2 tengok anak pompuan dia curik baju dia pegi beraya pastu eksiden :D. di pendekkan cerita, ade jiran aku lalu kat situ bawak aku ngn mak aku pegi hospital. sebab masa petang tu ayah aku takde kt umah. so, cepat2 bawak aku gi hospital. kelakar pulak ingat yela first time accident, dalam kampung sniri pulak tu. sume orang kenal, femes tak femes. haha.

Masa dalam kereta tu mak aku nangis gler, aku mula2 mcm pelik la. aku just calar2 je, mak aku ni cam aku kena langgar treler lak nangis. pastu mak aku ckp,'' kak, tawu tak dagu kak terbelah sampai nampak tulang dagu tu''. ekk. aku pon tak tunggu dah, nagis sekali. dalam hati dok pikir masa depan sume. hahaha. pastu mak aku ckp telinga aku kuar darah takut darah dalam kepala. nangis lagi T_T

Lastly, dapat la jahitan 8 jarum kat dagu aku tu.. nasib masa tu cuti ulangkaji kat U. so aku dok je umah tunggu sampai bukak jahitan sume. malu kot nak pegi U dengan benang2 bwah dagu tu. macam simpan janggut dah. so sekarang okay je, xde la sampai masa depan aku hancur ke ape kan. haha hiperbola gler pikir time accident tu. parut jahit tu pon dah pudar sket lagi pun bawah dagu sapa nak jenguk kan. haha dah la aku tak berapa tinggi, so BENEFIT disitu. heeee.

Walaupon incident ni dah lama tapi ada benda yang aku masih tak puas hati sampai sekarang:

1. ada sorg attendant hospital laki tu ambil gambar dagu aku yang terbelah guna hp dia lepas tu tunjuk kat aku. macam apa lagi kan. ntah2 orang accident teruk2 pon dia amek gambar jugak simpan dlm hp dia.
2. kawan2 yang aku pergi beraya time hujan tu takde sorang pon yang datang melawat aku kat rumah lepas accident tu. so no biggie ;)
3. lembu yang buat aku accident tu sebenarnya ok je, tak tersentuh skit pon sebab aku brek untuk selamatkan dia bukan diri sniri. mungkin tengah makan rumput sekarang. LMAO

                                        
Thanks to lembu sebab bagi pengalaman hidup yang bermakna.

p/s: Jangan curik baju mak kalau nak kuar beraya :)

Sunday, March 6, 2011

blog lama dah takde

Bosan tengok blog lama, so deleting blog telah berlaku. hehe, boleh tak delete blog sebab bosan? boleh kan, boleh kan? hahaha kau mengada la nadia.

So, mood sekarang adalah lapar. jom cakap pasal lapar je la as first entry untuk blog baru ni (macam best sgt ada blog *wek). sekarang ni hari2 aku makan sekali je, malam tak makan nasik. kadang2 makan la roti hotdog sebijik dua (hahaha blah la kan diet makan roti hotdog 2bijik malam2). kadang2 tak makan pape langsung. bukan la sebab nak diet sangat pon, tapi campur malas nak turun beli makanan jugak. beli makan pon dah la hari2 tempat sama je a.k.a kedai kak som tepi plazarah tu. bukan je tempat sama, lauk pon sama je tiap2 hari (sumpah). sampai kak kedai tu pon dah kenal la. asal nak order je, ''eh adik, macam biasa ye?''. malu giler nak ckp ye. tambah2 sekarang takde org nak bawak gi makan mekdi tiap2 malam (sedeyyy). so, kesimpulannya tiap2 hari la macam tu. nak makan sedap sikit kena tunggu weekend la. dan yang paling penting duit dalam purse tu macam lambat je berkurang (hehehehe *gelak sedih)

And bila weekend sampai pulak, dah ready2 siap nk gi makan tempat lain and makanan lain dr yg rutin tu kan (dengan mood excited dan kebulur). then keluar la soalan ''awak2, kite nk makan ktne ni?''. ''makan nasik campur je lah kt kg baru tu''. (ok. kg baru tu jalan kaki pon boleh sampai). ''em, ok..''. atau pon macam ni, ''awak2, jom kite makan ayam penyet kt situ, tak penah makan lagi''. and bila dah habis makan, ''hmm sedap ke? dah la mahal tak sedap plak tu. nanti kite datang lagi ye? ye? (dengan nada perli)''.. T_T

Kesimpulannya, pikir sendiri. (kaitan dengan tajuk diatas, em tiada motif)