Tuesday, March 8, 2011

MJ's Death

MJ kat atas tu bukan lah Mat Jenin or Minah Jiwang or so watever. tapi of course la stand for Micheal Jackson kan. apehal plak tiba2 nak tulis pasal MJ nih, i'm not a big fan of MJ pon. setakat kenal yang MJ ni famous jek. hehehe

Sebenarnya, kes MJ adalah tugasan case study aku. kena present kes ni khamis ni a.a.k.a lusa la kan.. so, dari tak tau pape pasal MJ ni, dapat la sikit sebanyak info pasal life dia n macam mana dia boleh meninggal. MJ ni rupanya ada penyakit insomnia, kira malam2 susah la dia nak tido. meaning MJ ni tiap2 malam terpaksa rely on ubat untuk dia tido. tak tahu la sejak bila dia insomnia ni, tapi berdasarkan info maybe dah lama kot. sebabnya badan dia pon dah tolerance dengan satu ubat ni (Benzodiazepine) yang memang untuk treatment orang2 insomnia ni. tolerance tu maksudnya dah tak berkesan la ubat ni untuk dia. sama gak kalau orang2 yang suka makan sambal belacan, ada orang yg tak tahan pedas. yang selalu makan tu selamba je makan sambal belacan 2,3 sudu. makan saja pon boleh kot (mcm mak haha). kira nya orang2 mcm tu dah tolerance la ngn sambal belacan sampai satu ketika dia tak rasa pedas dah. berbanding dengan orang yang jarang makan tadi tu memang merah la muka kan. ntah apa2 je contoh :D

So, berbalik pada MJ tadi. dia ada doktor peribadi nama Dr Murray. Dr ni pulak selamba je bagi satu ubat (Propofol) yang selalu orang guna untuk bius sebelum masuk operation room tu. dasyat tak dasyat? dah la ubat ni memang bahaya, sebab tu orang guna dalam medical setting je, sebab kena monitor dia punya heart function semua. pastu Dr ni boleh pulak misuse untuk MJ pastu bg kat rumah pulakss. memanglah MJ ni dah tak bertindak balas ngn ubat yg sepatutnya orang bg untuk insomnia tadi tu, tp apehal pulak bg ubat bius untuk tolong MJ ni tido malam2. memang la berkesan untuk MJ tido, sebab Propofol ni sangat la powerful fungsi sedatif dia. so kira dah banyak malam Dr ni bg ubat sedatif tu dekat MJ. hasil bedah siasat sume, memang dorang jumpa dos Propofol ni sangatla banyak dalam badan MJ.

MJ ni disahkan mengalami 'Acute Propofol Intoxification' yang boleh menyebabkan kematian. sebenarnya, kes ni still lagi dalam perbicaraan. ramai orang salahkan Dr Murray ni, tapi dia dok debate yang dia hanya inject 25mg je ubat tu a.k.a. dos yg sangatla kecik. so alasan dia mybe MJ ni sniri yg minum ubat tu pada malam kejadian tu sebab dia ada tinggalkan MJ ni 10 minit pegi toilet. selebihnya, boleh la google seniri banyak je kisah pasal MJ ni.

Dr Conrad Murray

Kalau dari perspektif Islam, ada jugak yang cakap semua ni adalah konspirasi semata2. yelah, MJ kan dah masuk Islam, so maybe takut lepas ni ramai fans MJ pon akan ikut masuk Islam. Allahu 'alam.

p/s: akhirnya aku dapat something daripada apa yang aku belajar. selalu masuk telinga kiri keluar telinga kanan je. haha *bangga

No comments:

Post a Comment